Wednesday, October 14, 2009

Eidul Fitri 1430H











Wednesday, July 29, 2009

Sukan PASTI Cacah

Lama betol tak update entry dalam blog ni. Bukan apa tapi terlalu sibok dengan kerja dan urusan harian yang tak pernah habis. So, kali ni nak cerita tentang Cacah, si bongsu kami yang bersekolah di Tadika PASTI.
Hari Ahad lepas ada progrem sukan yang dianjurkan oleh Pasti Al Ehsan. Cacah tak sabar-sabar nak pergi, maklumlah ini kali pertama dia join progrem macam ni. Tambah lagi dapat baju sukan yang disupply oleh pihak PASTI tu. Malam sebelum tu lagi dah bergaya dengan baju sukan tu.

Cacah masuk 2 acara sukan je, itu pun yang tak memerlukan banyak tenaga sebab dia ni ada semput. Kalau acara lari-lari tak masuk, so cikgu dia bagi acara rebut kerusi dan baling pundi kacang dalam baldi je.

Yang bestnya dalam acara baling pundi kacang team dia dapat nombor 2, apa lagi seronoklah dia dapat hadiah.
Balik rumah siap tidor ngan hadiah tu..Tahniah cacah..

Friday, April 10, 2009

Rumah Dimasuki Pencuri

2 hari lepas, hari Rabu 8 April, memang hari yang malang buat kami sebab seseorang(?) atau lebih(?) telah menceroboh masuk ke rumah kami. Balik kerja hari itu, aku naik atas ke bilik tidor aku dapati laci almari berselerak, macam diselongkar oleh seseorang.

Check punya check, memang betol kerana duit siling aku dalam laci susut. Kemudian check dalam almari, sah, tabung aku takde. Lantas terfikir, tak kan abelong berani ambil. Kemudian wife aku perasan dia punya aksesori box pun berselerak! Rantai takde! Alat mekap dia pun hilang! Pelik juga. Tak kan perempuan yang masuk! Ni mesti kerja budak2 Indon yang tak tau menilai barang. Sebenarnya rantai tu rantai zhullian je! Duit siling dalam laci pun dia tak sapu semua, baik pulak!

Suspen juga, takkan ada orang masuk tengahari buta! Kemudian aku dapati tingkap bilik tidor terbuka! Confirm pencuri tu masuk ikut tingkap tu sebab grill tak berlock. Silap aku jugak kerana tak ambil berat tentang grill tu. Tak letak padlock, harapkan kunci tingkap je.

Kemudian barulah sedar ada lagi barang yang hilang; handphone sony ericsson adek balkis dan duit tabung dia pun hilang, game boy cacah, playstation abelong dan lain barang yang aku tak pasti lagi. Dalam kepala ada seseorang yang disyaki tapi malas nak tuduh nanti tak betul pulak!

Esoknya buat repot polis dan beli padlock banyak2 sebagai langkah keselamatan. Lesson learnt!
Mungkin ini ujian dari Allah untuk kami sekeluarga! Kena bermuhasabah diri!

Thursday, March 19, 2009

Adik Genap 9 tahun

Tanggal 13 Mac 2009 itu hari genap umur adik 9 tahun. Macam biasa adik ni,sibok suruh mama dia celebrate harijadi dia, nak kek la, nak hadiah la. Lepas balik sekolah hari itu, muka dia masam je..rupanya dia marah sebab papa tak wish dia happy birthday..Manja betul adik,sensitif. Lepas ucap happy birthday barulah ceria.

Mama dia pulak 2 hari lepas beli kek harijadi, kononnya nak celebrate, kalau tak kecil hati lak si balqis tu. Sambutan ala kadar je..

Haa..ni lah rupa kek tu, suka kan main lagi adik!


Muka boring sebab si Cacah dok menyakat!!










Thursday, February 12, 2009

Tuition

Dah hampir 2 minggu Abelong dan Adek pergi tuisyen. Abelong perlu sebab nak UPSR tahun ni. Dan Abelong dah nampak ada perubahan sikit. Ye lah study kat rumah bukannya boleh tumpu sangat. Dengan macam-macam gangguan, dengan tv, Cacah lagi..Suasana kat kelas ok sikit. Adek pun pergi tusyen. Walaupun baru darjah 3, pergi jugaklah. Takut ketinggalan. Abelong RM80/= dan Adek pulak RM60/month. 3 kali seminggu; 2 jam satu malam. Bolehlah. Pelaburan demi masa depan dia orang.

Zaman sekarang bukan macam zaman aku dulu. Memang tak sama. Dulu mana ada tusyen. Perkataan tusyen pun tak wujud lagi dalam kamus orang melayu masa tu. Kalau dulu pukul 9 dah masuk tidor. Ya lah zaman aku sekolah rendah dulu, letrik tak ada, tv tak ada. Apa lagi tidor je lah. Life is very simple that day. Compare to now. Erm jauh langit ngan bumi. Semua kena cepat, kena berlumba, banyak competition.

Seingat aku, dulu aku tak ada lah study mana pun masa nak ambik Peperiksaan Penilaian Darjah 5(PPDL), dulu bukan UPSR. Tapi nasib aku baik dapat 4A 1B,dapat masuk sekolah berasrama penuh kat K. Terengganu(SESMA); SESMA yang mahsyur itu.Dapat belajar di sekolah elit memang menjadi kebanggaan bagi orang kampung, jarang anak2 kampung dapat masuk sekolah sains ni. Hebat jugak lah aku masa sekolah dulu.

Harap2 Abelong dapat meneruskan kesinambunganku itu. Tapi aku tak dak berharap sangat. Tak nak bagi pressure kat dia. Aku ada jugak bagi semangat kat dia. Bagi motivasi sikit. Dia nampak bersemangat kadang2 tu, tapi macam hangat2 tahi ayam pun ada aku tengok. Entahlah yng penting kami dah bagi dia semua facilities yang dia perlu. Terpulang pada dia untuk membuktikannya. Go Abelong!!

Sunday, February 1, 2009

Genap 13 Tahun

Tanggal 18 Januari 2009 yang lalu maka genaplah 13 tahun perkahwinanku dengan isteri tercinta. Dalam sepanjang tempoh tersebut berbagai-bagai dugaan dan cabaran yang diberi Allah terhadap kami berdua. Dan Alhamdulillah sehingga kini, kami masih lagi tetap teguh bersama. Syukur..

Aku mengucapkan berbanyak-banyak syukur ke hadrat Allah swt atas nikmat yang telah diberikan kepada kami berdua dan ketiga-tiga anak kami. Dan atas kurnia dan rahmatNya jugalah kami dikurniakan zuriat seramai 3 orang itu; Abelong, Adek dan Cacah..

Tiada sambutan yang istimewa buat kami melainkan ucapan tahniah daripada anak-anak, itu yang lebih berharga bagi kami.. Hmm, dah besar dah budak-budak tu..Dah faham apa itu erti kebahagiaan buat papa dan mama mereka.. Dan sebagai sambutan ulang tahun ni, dengan cara yang biasa..Typical celebration..Keluar makan kat luar..Okeylah tu..

Monday, December 29, 2008

Back To School

Cuti sekolah dah nak abis. So kami pun cam biasalah, kena berbelanja untuk beli peralatan sekolah budak2 ni. Semalam beli kasut kat Jusco, Abelong sepasang dan Adek sepasang. Hmm, kasut budak sekarang mengalahkan kasut orang dewasa. Dulu-dulu masa papa sekolah dulu, ikut je apa yang mak dan ayah kita beli. Tapi budak sekarang, masing2 dah pandai demand.

Tapi sekarang punya barang, bukan macam dulu. Kalau yang murah tu tak sampai sepenggal dah rosak. So, nak bagi puas hati beli yang mahal sikit. Alah membeli menang memakai. Abelong nak north star, adek pulak b-first, Bata laa. Okey la tu. Adek paling excited sebab bukak sekolah dia dilantik jadi pengawas pusat sumber, so kasut kena warna hitam. Abelong biasa je' warna putih.

Lepas tu petang ni kita orang pergi beli unifom sekolah kat Bandar Tun Razak. Untuk Adek susah sikit sebab unifom pengawas pusat sumber warna hijau muda. Cari sekitar rumah kitaorang takde. so, kami pun pegi kat Bandar Tun Razak, Cheras. Nasib baik ada. Lega.. Kalau tak, tak tahu nak cari kat mana.

Lepas tu beli stationaries sikit. Nanti tak payah lah sibok nak cari kat koperasi sekolah. Hmm masing2 excited nak pegi skool. Nak sabar2 nak pakai baju baru.. Apa lagi sampai rumah terus bergaya dengan baju baru.